Thursday, 18 July 2013

Kanak-Kanak Maut Lemas Dalam Kereta Di Subang Jaya

TRAGIS... Mangsa Nawal Iris Samsudin, 3, meninggal dunia kerana lemas selepas lima jam ditinggal di dalam kereta
SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Nawal Iris Samsudin, meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditinggalkan lebih lima jam di dalam kenderaan ibunya di sebuah sekolah di sini, semalam.

Ketika kejadian, ibu mangsa, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan bergegas menghadiri mesyuarat di sekolah berkenaan pada pukul 11 pagi, selepas menghantar adik perempuannya ke Lapangan Terbang Subang.

Beliau dikatakan tidak menyedari bahawa mangsa sedang tidur di kerusi bahagian belakang kereta kerana kebiasaanya Nawal dihantar ke pusat penjagaan.


Namun sejak dua hari kebelakangan ini, mangsa telah dijaga oleh ibu saudaranya.

Nor Zatusy hanya menyedari bahawa anaknya itu berada di dalam kereta selepas dia kembali semula ke kenderaan itu pada pukul 5.30 petang.

Sewaktu ditemui, mangsa sudah kaku dan mukanya bertukar kebiru-biruan.

Mangsa terus dikejarkan ke klinik, namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment