Thursday, 11 July 2013
Nora Danish Disalah Erti?
Memandangkan bulan Ramadhan ini bulan yang baik, maka ramailah juga selebriti tempatan yang berusaha menambah pahala mereka dengan beribadah seperti bersolat terawih, mengurangkan aktiviti nyanyian, lakonan dan sebagainya.
Tidak ketinggalan, Nora Danish juga dilihat ke masjid untuk bersolat terawih sepanjang dua hari kita menyambut Ramadhan ini.
Antara foto yang dikongsikan
Bagaimanapun, tindakan Nora yang gemar mengambil gambar dan tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit walaupun di dalam masjid menjadi isu buat pengikutnya di laman sosial itu. Peminat berpendapat sepatutnya aktres itu lebih menumpukan perhatian untuk mengerjakan ibadah daripada sibuk berkongsi foto di laman Instagram.
Tidak cukup dengan itu, kata-kata yang dikongsikan oleh Nora mengenai perbuatan menghakimi seseorang di bulan puasa juga menjadi punca perdebatan para pengikutnya di Instagram.
Foto ini menimbulkan persengketaan
Apapun, mari kosongkan hati daripada sebarang niat yang tak elok sepanjang menyambut Ramadhan ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment