Thursday, 18 July 2013

Kilafairy Tak Hormat Bulan Puasa?

Kilafairy

Nampaknya di bulan Ramadhan ini orang semakin sensitif mengenai sesuatu perkara. Jika sebelum ini ada selebriti yang ditegur kerana dikatakan menunjuk-nunjuk dalam beribadat, namun malam tadi Kilafairy pula dilemparkan kata-kata tidak manis di laman Instagramnya.

Perkara itu berpunca apabila pelakon berbibir seksi itu telah berkongsi sebuah video di Instagram dengan cuma memakai baju besar hingga ke paras pangkal peha tanpa berseluar.


Video itu difahamkan dimuat naik bertujuan untuk mempromosikan label pakaiannya yang diberi nama ‘We Are Rack’ dan ketika itu Kilafairy bersama beberapa orang yang lain sedang mengadakan sesi bergambar di studio.


Video itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada kebanyakan pengikut Kilafairy di laman sosial berkenaan kerana beranggapan pelakon itu tidak menghormati bulan puasa.

Namun begitu, anak kepada penyanyi veteran, Rohana Jalil ini langsung tidak memberi tindak balas terhadap komen-komen negatif yang boleh dikatakan menghinanya tetapi sebaliknya hanya mendiamkan diri.

Ada yang beranggapan Kilafairy memakai legging mengikut warna kulit, namun ada juga yang menidakkan perkara itu. OHBULAN! pun tak pasti yang mana satu, namun anda boleh menonton video tersebut di bawah kalau ada yang masih tertanya-tanya.

Apapun, semoga selepas ini Kilafairy lebih peka dengan sensitiviti masyarakat dan bagi yang menegur pun gunalah cara yang sebaiknya, bukan dengan makian dan cercaan.
sumber : http://www.ohbulan.com/

No comments:

Post a Comment