Wednesday, 29 May 2013

Bahaya Korek Telinga


Dari kita kecik, aktiviti korek telinga dah jadi kebiasaan sebab memang diajar berbuat sedemikian. Baik dengan menggunakan putik kapas atau benda-benda tajam(secara spesifiknya pin rambut), KOREK TELINGA dah jadi satu rutin mingguan ataupun bulanan kita semua. Ada setengah tu, bila telinga rasa gatal je terus korek nak hilangkan gatal.
Kita korek telinga dengan tujuan nak cuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga. Tapi kita tak tahu, korek telinga sama ada guna putik kapas @ pin rambut sebenarnya bahaya walaupun kita rasa selamat sebab putik kapas tu lembut.  Memang susah kita nak percaya, sebab tak jadi apa apa pun kan selama kita menggorek telinga.
Cuba tengok ni:
Gambar kat atas ni menunjukkan apa yang berlaku kalau kita korek telinga kita terlalu dalam sampai masuk ke kawasan telinga tengah dan menyebabkan pendarahan. Ok jom kita tengok struktur telinga kita dengan lebih detail.
Tempat yang tertembus tadi tu, sebenarnya adalah gegendang telinga. Kalau ini terjadi masa kita korek telinga, besar kemungkinan kita boleh pekak & mesti lah sangat ngeri kan. Tapi itu lah yang kita jadikan rutin, sebab kita rasa ada benda dalam telinga kita yang kita panggil tahi telinga dan kita selalu cakap, ‘Dah nama pun taik mesti lah kena buang!’.
Telinga kita ni dicipta  dengan mekanisme membuang kotoran yang ada pada telinga. Sama juga macam bulu mata yang melindungi mata serta bulu hidung yang melindungi hidung daripada habuk. Telinga pun ada mekanismenya sendiri. Benda yang kita panggil tahi telinga itulah yang sebenarnya menjadi agen pembersih telinga daripada kotoran.
Dan kita sebenarnya tak perlu susah-susah nak bersihkan, kotoran itu akan keluar sendiri. Taik telinga ni cair dan sentiasa reproduce. Jadi kalau nak bersihkan, bersihkan bahagian luar telinga je. Tak perlu korek dalam-dalam. Selagi taik  telinga tak  tergumpal sampai tersumbat & menghalang bunyi masuk ke telinga dalam, kita tak payah nak korek & buang tahi tu.
Kesan Mengorek Telinga
Tahi telinga@ear wax terhasil daripada proses fisiologi dalam diri kita dan dihasilkan dalam jumlah yang amat sikit. Yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses mencuci tahi telinga yang sepatutnya berlaku tanpa gangguan.
Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah di programkan untuk ‘menyapu keluar‘ tahi telinga. Sebabkan tu lah siapa yang tak gunakan putik kapas, akan terasa macam ada debu kat kawasan cuping telinga.
Debu tu sebenarnya, tahi telinga yang disapu keluar dari telinga kita. Bila mekanisma ini diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah tahi telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih  dalam.
Sampai ke suatu tahap, bila telinga dah tersumbat kita mungkin mengalami kurang dengar konduktif (conductive hearing loss). Telinga kita bentuknya bersudut. Kalau kita suka korek dalam-dalam, boleh sebabkan telinga melecet dan akan jadi bengkak-bengkak, berdarah dan bernanah.
Kesimpulannya, jagalah telinga elok-elok. Jangan menzalimi telinga kita dengan rutin menggorek telinga

No comments:

Post a Comment