Wednesday, 29 May 2013
Tips Menjana Kewangan
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
harini saya nak share sedikit teknik untuk menabung..ramai antara kita yg belajar cara membuat duit...mungkin ada yg bekerja,berniaga,buat job part time...tapi masih ada mengalami masalah kewangan...hal ini kerana,ramai antara kita yg tdk belajar cara bagaimana untuk menyimpan sedikit hasil dari pendapatan yg kita perolehi...
cara yang terbaik ialah dgn menyimpan 1/3 dari pendapatan yg kita perolehi..contoh nya 1/3 untuk di simpan,1/3 untuk perbelanjaan (mkn,minyak kereta,brg dapur),1/3 untuk byr hutang (kereta,rumah)..ini hanya sebagai contoh..kalau tidak dpt menyimpan 1/3 dari gaji,dapat simpan suku pun kira ok dah..yang penting,setiap bulan konsisten untuk menyimpan..
selain itu,kita juga boleh membuat kerja part time untuk menambah pendapatan dan meningkatkan simpanan..contohnya,siang kita bekerja di ofis,mgkn balik petang,kita boleh berniaga di depan rumah atau kawasan rumah (jual burger)..kalau yang perempuan pula,mungkin blh buat job part time seperti terima tempahan menjahit,buat kuih...
selain dari itu,kita juga boleh membuat pelaburan..seperti yg popular di kalangan kita ialah,ASB..selain asb,kita juga boleh melabur dalam pelaburan emas..berkenaan asb,kalau kita boleh konsisten menyimpan sebanyak rm200 sebulan (contoh),seeloknya lebih baik kita membuat pinjaman asb..ini lebih menguntungkan...
pelaburan emas juga boleh menguntungkan dalam jangka masa panjang (lebih setahun)..*pss-sekarang harga emas jatuh,ini peluang untuk membeli dan melabur..jika kita selalu online fb,apa kata kita buat biz berlandaskan fb...atau kalau kita rajin menulis,boleh ber-blogging...ini semua dapat mendatangkan pendapatan pasif kepada kita...
bagi pelajar2 terutama di kolej,ipta,ipts...anda boleh juga tambah pendapatan dengan berbagai cara..contohnya menjual topup..sy rs kalau jual di kolej,ipta atau ipts,memang menguntungkan...
sekian sahaja buat waktu ini..ikhlas dari saya untuk anda agar anda dpt menambah sumber pendapatan dan simpanan...jika ada pertanyaan atau apa2 ulasan,sila komen..insyallah saya akan menjawab dengan kadar segera... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment