Pengurus berusia 53 tahun dari Sepanyol itu yang pernah melalui memori pahit di Serie A semasa mengendalikan Inter Milan memang sudah dijangka akan ke sana apabila dia telah ditemui oleh De Laurenttis di London pada minggu lalu.
''Rafa Benitez adalah jurulatih terbaharu Napoli dan dia adalah jurulatih yang berpengalaman serta seorang ketua yang sebenar," tweet daripada De Laurentiis.
Benitez, yang sebelum ini ada dikaitkan dengan juara Perancis, Paris Saint-Germain, telah berjaya membawa Chelsea menjuarai Liga Europa dan melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara serta berada di tempat ketiga dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Walaupun berjaya memenangi hati pemilik kelab, Roman Abramovich, dia tetap tidak disukai oleh para penyokong setia The Blues yang sering kali diejek dalam setiap perlawanan.
Mengikut laporan dari media Sepanyol, Benitez, telah menandatangani kontrak selama dua tahun dengan gaji tahunan sebanyak 3.5 juta Euro.
Perkara pertama yang dilakukannya di Napoli untuk memenangi hati para penyokong setia kelab itu adalah memastikan penyerang utama dan penjaring gol terbanyak, Edinson Cavani kekal di sana kerana dia difahamkan menjadi sasaran utama beberapa kelab besar seperti Real Madrid dan Manchester City.
Walaupun dia sering dicemuh oleh para penyokong dalam mana-mana kelab yang disertai kerana personalitinya yang agresif dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, dia mempunyai rekod yang baik bagi seorang pengurus.
Semasa mengendalikan Valencia, dia membawa dua kejuaraan La Liga dan Liga Europa sementara di Liverpool, dia memenangi Liga Juara-Juara pada tahun 2005.
Sementara itu, Benitez berkata, dia sangat gembira dan terharu dengan penghormatan kelab tersebut dan penyokongnya yang dianggap istimewa.
Napoli menamatkan saingan Serie A musim ini di tempat kedua, pencapaian terbaik sejak Diego Maradona membantu mereka merangkul gelaran pada tahun 1990.
''Semuanya telah disahkan. Saya sangat gembira dan puas hati dapat bekerjasama dengan kelab yang hebat seperti Napoli,'' katanya dalam laman web www.rafabenitez.com. - AFP
No comments:
Post a Comment