Wednesday, 29 May 2013

Petua Untuk Hilangkan Sengugut


Bahaya Sengugut 
SENGGUGUT bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. Endometriosis adalah penyakit yang berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim (yang sepatutnya tanggal ketika haid) tumbuh di luar rahim samada di ovari, tiub Fallopian, ligamen yang menumpang rahim atau di mana saja dalam rongga pelvik.

Tisu endometrium juga boleh berkumpul di hampir semua lokasi dalam badan, antaranya pundi kencing, usus, faraj, apendiks, rektum (dubur), parut pembedahan Caeserean (pembedahan ketika bersalin) termasuk tempat terpencil seperti otak, saraf siatik, paru-paru dan kulit.

Apabila ada di luar rahim, tisu endometrium menjadi pertumbuhan menyakitkan. Ia akan berubah bersama perubahan hormon ketika pusingan haid. Ketika haid, tisu ini juga akan pecah dan berdarah.

Bezanya, lapisan endometrium dalam rahim akan tanggal dan dikeluarkan bersama cecair uterin (sebagai darah haid) tetapi pendarahan daripada endometriosis tidak mempunyai jalan keluar. Pengumpulannya menyebabkan tisu di kawasan ia melekat menjadi radang dan berparut.

Sebagai tindak balas terhadap keadaan tidak normal ini, badan menghasilkan tisu parut untuk melingkungi tempat berkenaan. Keadaan ini menyebabkan wanita mengalami kesakitan dan tekanan pada pelvik atau senggugut setiap kali haid. Mereka juga akan berasa sakit ketika mengadakan hubungan seks.

Punca endometriosis masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya ia disebabkan aliran haid retrograd atau menyongsang; iaitu darah haid mengalir masuk ke dalam tiub Fallopian. Sel endometrium dalam darah haid akan melekat di tempat tertentu dan mula mendatangkan masalah.

Dianggarkan 10 hingga 20 peratus wanita mengalami gejala endometriosis sewaktu dalam peringkat subur. Walaupun ia biasanya berlaku di kalangan wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun, endometriosis boleh dialami wanita bermula dari kali pertama mendapat haid hinggalah menopaus, tidak kira sama ada mempunyai anak atau tidak.

Semua gejala endometriosis mungkin kekal, berkurang walaupun tanpa dirawat atau meningkat dengan tiba-tiba. Namun biasanya gejala ini berkurang ketika mengandung atau selepas menopaus.

Bagaimanapun, ada wanita mempunyai endometriosis tanpa mengalami gejala. Malah, tahap kesakitan dialami juga tidak boleh dijadikan pengukur saiz endometriosis kerana ada wanita berasa sangat sakit walaupun endometriosisnya kecil dan sebaliknya.

Senggugut tidak harus dianggap perkara biasa, sebaliknya perlu diberi perhatian serius, terutama jika anda mengalaminya sejak mula mendapat haid. Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan wanita boleh mengesan perubahan haid mereka pada usia lewat 20-an dan 30-an.

Selain masalah kesihatan, endometriosis boleh mempengaruhi kesuburan seseorang. Ini kerana kehadiran pertumbuhan endometriosis dalam tiub Fallopian misalnya boleh menghalang laluan telur dari ovari ke uterus untuk bersenyawa dengan sperma. Keadaan ini menyebabkan seseorang wanita sukar mengandung.

Kehadiran endometriosis menyumbang 10 peratus kepada masalah kemandulan dan dianggarkan 30 hingga 40 peratus wanita yang mempunyai endometriosis mengalami kesukaran untuk hamil.

Bahkan tisu parut yang terbentuk sebagai tindak balas terhadap kerengsaan daripada endometriosis akan kekal dan mungkin boleh menyebabkan kesakitan, walaupun selepas wanita putus haid.



 Petua Untuk Hilangkan Sengugut
---->Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

--->Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

--->Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

--->Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

--->Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .

--->Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku. Rasanya memang kurang enak tetapi pasti akan berhasil.

 --->Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

--->Buah petola  boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

--->Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

--->Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.

--->Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

--->Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.

--->Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

--->Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.

No comments:

Post a Comment