Salam.
Cantik? Kagum? Haaa semua tu menjadi satu bila pertama kali jejakkan kaki di Hotel Sheraton, Macau. First of all, terima kasih tak terhingga buat Air Asia yang sudi sponsored dan menjadikan impian aku untuk terbang ke China satu kenyataan. Selama 4 hari berkampung di Hotel Sheraton yang paling terbesar dan jugak merupakan hotel paling besar di Macau, China. Tersergam indah semestinya korang dah boleh tahu betapa seronoknya pertama kali masuk kat dalam Sheraton.
Masa sampai tu, mulut tak mampu nak keluarkan sepatah perkataan dengan mata yang taknak berkelip pun kalau boleh punya aku kagum dengan rekabentuk dalaman hotel sheraton. Setiap satunya akan ada tangga bergerak dengan tengah-tengah tu lubang dikelilingi pokok pluss ada jugak air terjun. Sheraton Macau nih memang besar gila boleh haus kasut kalau nak meronda semua.
Bukan setakat hanya hotel, dalam Sheraton Macau paling ketara haaaa ada casino wooo tapi aku tak masuk. haha! Dimiliki oleh Las Vegas Sands Corp. Hotel Sheraton ini mempunyai 3,896 bilik tetamu dan 341 club room dan suites, mempunyai 3 restoran utama yang menawarkan makanan asia dan jugak international.
Sheraton Macao Hotel, Cotai Central mempunyai spa perkhidmatan penuh, 3 kolam renang luar, bilik wap dan sauna. Macam-macam ado!
Sebelum sampai sini, aku ingatkan Hotel Sheraton, Macau hanya besar saja tapi rupanya dalam sheraton nih umpama 1 shopping mall semua benda ada dari restoran sehingga butik berjenama cuma mampu atau tak aje korang nak explore apa yang ada dalam tu. Bayangkan 1 mall dengan setiap tempat mesti ada air pancut yang bewarna warni dengan air terjun plus belum lagi dengan suasana yang buat korang akan berhenti seketika sampaikan aku tertinggal kebelakang sebab khusyuk menikmati pemandangan. haha!
Bilik yang aku dapat selama 4 hari berkampung kat hotel sheraton. Sorang sebilik wooo! Masa masuk tu perghhhhhhh rasa nak melompat sebab dapat duduk sorang. Beza Sheraton nih dengan hotel lain yang aku pernah stay haaaaaaaaaa banyak kot. Salah satunya cuba korang tengok gambar kat bawah nih.
Walaupun di Macau, dorang tetap memandang berat pada sensitiviti orang islam. Bukan setakat sejadah tapi siap ada arah qiblat dan jugak Quran bersama dengan alas pelapik. Dengan bilik yang sangat selesa tambah pulak comforter yang lembut, bantal empuk dan duduk sorang aaaahhh kalau boleh taknak balik. Tersangat selesa!
Makin best bila ada selimut bulu kapas plus televisyen LCD 42-Inci cuma aku tak buka sebabnya sekali baring tak sempat nak guling-guling, mata dah terpejam sampai pagi. Sedar jek dah pagi bila dengar bunyi wake up call. Tuh pun liat bebenor nak bangun untuk breakfast.
Bilik mandi dilengkapkan dengan tab mandi dan pancuran berasingan, penimbang, jubah mandi dan cermin solek/bercukur. Semua unit menampilkan peti sejuk, pembancuh kopi/teh dan air botol percuma. Kemudahan tambahan termasuk selipar dan pengering rambut. Semua tu memang wajib ada la kan! Bilik mandi yang sangat cantik dan selesa tapi paling buat aku kagum bila… cuba tengok gambar bawah.
Disertakan sekali dengan baldi.
Kat tepi hujung sana dalam kotak warna coklat tu tempat letaknya Quran.
P/s: Dengan kemudahan yang serba moden dan servis yang sangat tip top, aku tak nafikan hotel sheraton nih antara hotel yang buat aku masih teringat sehingga hari ini. Apa yang aku boleh cakap hotel sheraton sangat cantik dan buat aku teruja kalau boleh setiap saat rasa nak menikmati sepenuhnya. TQ Air Asia dan hotel sheraton yang memberikan keselesaan selain hospitality yang sangat terbaik!
Rating : 10/10 bintang!
No comments:
Post a Comment